Sunday, July 25, 2010

Cahaya Ramadan (2)

Sempena Ramadan yang bakal tiba ini, bagaimana dengan persiapan kita? Sama ada dari segi mental, emosi, dan fizikal. Apa kata di samping membuat persedian dari segi faktor-faktor yang disebutkan tadi, kita cuba buat sedikit pembaharuan.

Di sini ingin dicadangkan bahan bacaan yang boleh dibaca sempena Ramadan yang akan datang. Semoga dengan pembacaan ini akan meningkatkan lagi semangat dan memberi motivasi kepada kita untuk menjadikan Ramadan kali ini yang TERBAIK pernah kita lalui.


(1) Judul buku : Indahnya Ramadan di Rumah Kita
Penulis : Dr Akram Ridha
Penerbit : Robbani Pre
ss
Sumber gambar ; Robbani Press

Buku ini memberi info bagaimana kita boleh mempersiapkan diri menghadapi Ramadan sejak bulan Syaaban, cara kita menyambut Ramadan, dan membuat rancangan yang sangat bermanfaat kepada diri dan keluarga.

Malah, fiqih puasa turut dibahaskan dan yang menariknya isi kandungannya disusun secara efektif dengan adanya soalan-soalan kuiz yang terdapat di setiap akhiran bab yang boleh merangsang kecerdasan pembaca mahupun anak-anak.


(2) Judul buku : Life is an Open Secret : Ramadan Special
Penulis : Zabrina A. Bakar
Sumber gambar : http://lifestoryteller.ning.com/


Terdapat 25 kisah ringkas berbentuk motivasi dan kisah dalam kehidupan kita yang dikaitkan dengan Quran dan Hadis. Penulis sangat bijak dalam mengintegrasikan elemen-elemen ini. Perkara yang kita rasakan sangat 'simple' dalam kehidupan sebenarnya membawa makna besar. Anda tidak akan bosan membaca buku ini Insya Allah.


(3) Judul buku : Syoknya... Berpuasa
Penulis : Rajendra Kartawira
Penerbit : PTS
Sumber gambar : klik sini



Apa perasaan anda apabila menatap muka hadapan buku ini? :) Buku ini sebenarnya mengupas perihal puasa dari sudut sains. Buku ini mengandungi 16 bab dan disampaikan secara bercerita atau perbualan sesama ahli keluarga (isteri dan anak-anak bersama ketua keluarga mereka). Buku ini lebih santai dan pembaca mudah memahaminya.

Jika ada di antara pengunjung blog ini yang ingin mencadangkan buku bolehlah tuliskan di ruang komen. Jazakallah :)


Selamat membaca!

Wednesday, July 21, 2010

Cahaya Ramadan (I)




اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ

)Ya Allah! Sampaikan kami ke bulan Ramadan)



SYAABAN DAN PERSIAPAN RAMADAN



Sebagai panduan kita bersama, mari kita lihat jadual berikut. Jadual ini lebih memudahkan kita merancang persiapan dengan lebih efektif.



Sunday, May 16, 2010

سلا مت هاري كورو



SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK

~ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA - TERIMA KASIH CIKGU ~


SEMOGA SEMUA USAHA ANDA MENDIDIK ANAK BANGSA MENDAPAT GANJARAN YANG BESAR DI SISI ALLAH SWT.

Lagu khas untuk para guru;
Jasa Guru

Munsyid : Aeman
Sumber :http://liriknasyid.com

Jasa guruku tak terhingga

Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan

Lagu : Isman Nadim Isam(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
Lirik : Isman & Yusuf Sabri(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Esok, 17 Mei 2010 Sambutan Hari Guru peringkat SKAM :)

Sunday, May 2, 2010

Laman web interaktif islamik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ada beberapa laman sesawang interaktif yang bagus untuk anak-anak kita berunsurkan islamik. Mungkin boleh juga dijadikan idea buat BBM ustaz ustazah semua. Senang-senang lawatlah ke laman tersebut ;


-Laman sesawang ini dibina oleh Harun Yahya & Team. Sangat menarik. Antara isi kandungannya ialah permainan, kisah-kisah teladan, fakta menarik, penipuan evolusi, dan lain-lain.





- Mengandungi pelbagai permainan interaktif yang mengajak anak-anak mengenal, mengecam, dan lebih memahami Islam. Antara yang dimuatkan dalam laman ini ialah teka silangkata, word search, kuiz, padan dan cantum, dan banyak lagi.





-Ada kuiz menarik disediakan untuk kanak-kanak.


-Menyediakan gambar berilustrasi menarik dan coloring page yang islamik.

Sunday, April 18, 2010

Selamat Maju Jaya

Sumber gambar : Klik sini

Selamat menghadapi Ujian Bulan April kepada semua murid SKAM. Semoga berjaya dalam ujian kali ini :)

Doa untuk memudahkan sebarang urusan
اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ
تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki".

Sahih Ibnu Hibban No 2427 (Mawarid), Ibnu as-sunni no 351. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Hadis ini sahih, disokong oleh Al-Arnauut dalam takhrij Al-Azkar An-Nawawi 106.

Wednesday, February 3, 2010

Panas vs Hujan


Sejak akhir-akhir ini cuaca memang terasa terik. Tekak terasa kering, badan juga terasa bahang. Ramai juga di kalangan kita yang jatuh sakit. Murid kita pun ramai yang demam, batuk dan selsema.

Mari kita lihat keadaan sekarng dari perspektif yang lain. Tinggalkan sebentar fenomena alam, kaji cuaca dan segala macam faktor penyebab yang kita dengar sebelum ini.

Allah Subhanahu wa taala berfirman di dalam surah Nuh ayat 10-12 :



Ertinya : "Maka aku katakan kepada mereka : "Mohonlah (ISTIGHFAR) keampunan kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan memperbanyakkan hartamu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) sungai-sungai." (Surah Nuh : Ayat 10 hingga 12).

Qurtubi rahimahullah mengatakan :

Ayat ini menggambarkan bukti dan petunjuk bahawa ISTIGHFAR mampu MENURUNKAN HUJAN dan rezeki. Ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan Basri tentang Al-Judab (kemarau), maka menjawab Hasan Basri : ASTAGHFIRULLAH!


Rasulullah Solallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa yang banyak ISTIGHFAR, Allah akan menjadikan baginya setiap kedukaan kesenangan, setiap kesempitan, ada jalan keluar, dan mengurniakan rezeki dari yang tidak disangka". (Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Rasulullah Solallahu 'Alaihi Wasallam beristighfar sebanyak 100 kali sehari pagi dan petang :

ﺃﺴﺘﻐﻔﺮﺍﷲﻭﺃﺘﻭﺏ ﺇﻠﻳﻪ


Astaghfirullah wa atubu ilaihi yang bermaksud :

"Aku memohon ampun daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya." (Riwayat al-Bukhari serta Fathul Bari 11/101, Muslim 4/2074)

Ada juga doa turun hujan atau dipanggil Doa istisqa' :



اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

"Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami."(HR. Al-Bukhari dalam Kitabul Istisqa`, bab Al-Istisqa` fil Masjidil Jami', no. 1013, dan Muslim dalam Kitabul Istisqa`, bab Du'a` fil Istisqa`,no. 2075, dari Anas radhiyallahu 'anhu).

Semoga kita dapat bersabar menghadapi ujian ini. Wallahualam.


Sumber gambar ayat Quran: http://ainyanunalif.blogspot.com/

Sumber gambar hujan : http://www.chitambo.com/clouds/cloudshtml/precipitation.html

Wednesday, January 27, 2010

Positif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, bersua lagi kita di tahun baru, bulan baru, dan hari baru :) Sedar tidak sedar kita sudah masuk minggu keempat persekolahan. Apa khabar dengan iman kita? Apa khabar dengan "mood" kita? Semoga sentiasa berkobar-kobar menghadapi hari-hari mendatang.

Ayuh, mari kita jauhi budaya "Bangau Oh Bangau".. Siapa masih ingat lirik lagu kanak-kanak ini? . . .

Bangau Oh Bangau

Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul.

Ikan oh ikan,

Kenapa kau tak nak timbul,
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,

Kenapa kau panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,

Kenapa kau tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.

Mari kita bersama koreksi diri. Saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Elakkan dari mudah menyalahkan orang lain.

Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam apakah sifat manusia yang terbaik. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam menjawab : “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling pandai membaca al-Quran, paling bertaqwa kepada Allah, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran, dan paling suka menghubungkan silaturahim.”(Hadith riwayat Ahmad, Nasaie, dan al-Hakim).

POSITIF!


Wallahualam