Tuesday, July 14, 2009

Kenali SK Ayer Molek, Melaka



KEDUDUKAN SEKOLAH

  • Terletak di KM 10 Pekan Air Molek.
  • Terletak di persimpangan jalan besar ke Jasin dan Kampung Air Molek.
  • Sekolah ini juga berhampiran dengan Pusat Kesihatan Besar, Kompleks Penghulu dan taman-taman perumahan/
SEJARAH SEKOLAH

  • 1889 - Dibuka oleh Datuk Penghulu Hj Mahmud b Epa.
  • Asalnya hanyalah berbentuk bangsal berkeluasan 20" x 20" di tapak kantin sedia ada sekarang.
  • Hanya ada 50 orang murid di awal penubuhannya dan kesemua mereka ialah murid lelaki dan dididik oleh tiga orang guru.
  • Guru pertama - Penghulu Baba b Mohamad, En Kadim b Yahya, dan En Othman b Baba. Setelah Penghulu Baba berpindah, tempatnya di ganti oleh En Sabtu b Md Suhu.
  • 1903- SKAM mendapat sebuah bangunan baru sementara yang berbentuk bulat dan terdapat 2 bilik darjah.
  • Bangunan sementara ini berkeluasan 36' x 21' dan didirikan di tapak tanah yang dipercayai kepunyaan Mak Sulong Noh.
  • Masalah yang dihadapi pada awal penubuhan - kekurangan murid.
  • Mata pelajaran yang diajar - Bacaan, tulisan jawi,ilmu kira-kira, menanam sayur, dan anyaman.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

  • Nama asal sekolah = SEKOLAH MELAYU AYER MOLEK, MELAKA.
  • 1957 - Nama ditukar kepada SEKOLAH UMUM AYER MOLEK, MELAKA.
  • Selepas merdeka - Ditukar nama kepada SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK, MELAKA.
  • 1924 - Bangunan baru dibina. Terdiri daripada kayu.
  • 1969 - SKAM mendapat bangunan baru separuh kekal. Bangunan tambahan ini masih diguna sehingga sekarang.
  • 1982 - Sebuah bangunan 4 tingkat dibina secara bergotong-royong. Kemudian, 2 buah lagi bangunan tambahan dibina.
  • 1982 - Hanya ada 6 buah bilik darjah. Kini, SKAM memiliki 24 buah kelas, sebuah perpustakaan, bilik tayang, bilik pemulihan, bilik SPBT, bilik ABM, dan bilik guru.
  • 2003 - Mendapat sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat yang digunakan sehingga sekarang. Bangunan ini menempatkan 11 buah kelas dan bilik-bilik khas seperti makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, makmal komputer, dan bilik BOSS.


VISI SKAM

MENJADIKAN SKAM SEBAGAI PENJANA PENDIDIKAN YANG TERBILANG DI NEGERI MELAKA TAHUN 2010.

MISI SKAM

  • MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK.
  • MENGEMBANGKAN POTENSI MURID-MURID DALAM BIDANG KOKURIKULUM.
  • MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DAN SAHSIAH TERPUJI UNTUK MEMBINA WATAK WARGA YANG GEMILANG.

No comments: