Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit. 7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun - Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
- Gosok kedua-dua tapak tangan
- Gosok setiap jari dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan dan celah jari
- Cuci tangan dengan air bersih
- Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub) - Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
- Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
- Letak bahan pencuci ke tapak tangan
- Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari Amalkan Mencuci Tangan: - Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
- Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
- Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Bila-bila masa tangan anda kotor
|
|
No comments:
Post a Comment